Sabtu, 24 Julai 2021

Pengalaman bersalin induce (Diabetes Mellitus)


    Long make it short, so harini saya nak share pengalaman saya melahirkan anak sulung saya secara induce ubat. Coretan ini buat ibu-ibu yg ingin mengetahui pengalaman bersalin induce.. 

    Saya diarahkan untuk serah diri pada 38weeks of pregnancy kerana saya adalah pesakit Diabetes Mellitus (DM type II). Ramai ibu-ibu salah sangka, saya bukan dm kerana pregnant. itu adalah GDM. Tapi saya mmg dah ada DM before pregnant lagi. Saya dm makan metformin 1 biji 2 kali satu hari, dan insulatard 6unit malam sebelum tidur.

     Okay so kita terus ke hari saya diarahkan untuk check in ke hospital. Tiada masa yg ditetapkan untuk check in, so saya bertanya pd staff yg uruskan. Dia cakap boleh datang lepas siap lunch pun takpe. 


2 March 2021 (37 weeks 6 days)

11.30pm 

    Okay ini pengalaman saya bersalin di Hospital Tengku Fauziah, Kangar, Perlis. Sampai-sampai je terus ke Pac, bawak buku Pink. Bagi kat nurse yg jaga Pac tu cakap nak check in untuk induce. Nanti dia ada la check2 apa semua, lepastu suruh kita pergi ke bahagian pendaftaran untuk daftar dan dapatkan katil untuk kita. Nanti dah siap daftar apa semua, dia akan bagi kita baju pink 😏

    Disebabkan pandemik Covid19 so husband boleh hantar sampai kat pintu wad je.. tak boleh masuk dalam wad.. selfie dulu sebelum husband kena keluar. makguard bagi masa 5minit je :D




12.30 pm

    Sampai je katil, terus kemas2 barang.. susun dalam loker. Then tukar baju pink. Elok pulak tu time makanan lunch sampai.. Terus boleh makan.. Memang best, terasa macam pergi bercuti :p 



    Tu semua sebelum sakit.. hahaha Terus lupa kat suami sekejap.. sambil makan sambil berkenalan dengan jiran2 depan, sebelah.. Saya time tu dapat katil 1. wad 1.. satu wad tu ada 4 katil.. hari pertama mmg seronok.. rehat2.. sepatutnya sampai2 tu doktor kena pasang branulla kat tangan kita. Tapi misi n doktor asyik lupa je. So hari first tu mmg  best, tak sakit tak apa. 

6.00 pm

    Sampai petang, makanan malam ampai. Makan, makan dan makan muahahahhaa. 



9.00pm

    Time nak dekat tidur, misi datang.. ambil blood pressure dan tolong cucukkan insulatard utk saya. Misi pesan, "Esok pagi jam 5 pagi kita nak check jantung baby ya. Nanti pergi kat bilik depan tu."


3 March 2021 (38weeks 1days)

4.30 pm 

Misi kejutkan kita. Dia akan ambil blood presssure kita dan kemudian suruh kita siap-siap pi bilik untuk check jantung baby n check tahap contraction kita..

kebetulan tarikh tu, ramai yg nak bersalin.. baby pkp la katakan. semua geng induce ada la dlm 8 org.. tunggu la giliran nak check jantung baby tu. mesinnya ada 2 je.. huhuhu check jantung baby n contraction tu ada dalam setengah jam jugak tau.. mmg tertidur la sambil menunggu, apa taknya pukul 5 pagi oi. haha

lepas dah siap check tu, misi suruh mandi, solat subuh then pergi ke bilik procedure sebelum pukul 7 pagi..

7.00 am 

Ni saat yg ditunggu-tunggu. hahaha Semua tunggu kat luar bilik procedure.. doctor nak check tahap bukaan kita, dan nak tentukan induce yg sesuai dgn contraction kita time tu.

sampai turn saya, fuhh dia check bukaan lepastu dia godek2 bagi bukaan lebih cepat besar. masa tu bukaan baru 2cm. kalau tanya saya sakit tu berapa time dia godek tu, jawapan saya 2/5. then doktor masukkan ubat induce ikot jalan bawah.

misi pesan last makan pukul 10.00 am sebab kul 11.00am nak check jantung baby lagi sekali n check contraction.

8.30 am

okay jalan pergi wad.. okay lagi, boleh sarapan. lepas sarapan mulalah kesakitan.. masa tu tak tau tu contraction.. rasa dia mcm senggugut. huhu 

pergi toilet sbb rasa mcm nak berak, tapi bukan. tengok mcm ada air keluar. time tu xtau tu air ketuban. so buat tak tau je.. 

10.00 am

sakit senggugut tu tahap 4/5. sakit kuat jugak, tapi gagah lagi jalan, nak baring or duduk mmg tak larat. so jalan2 kat area guest area.

11.30 am

check jantung baby n check contraction. time ni mmg sakit sgt tahap 4/5. tapi okay lagi, boleh tahan lagi la bagi saya. rasa sama mcm senggugut cuma darab 2 kali ganda haha

2.00 pm 

semua kena tunggu depan bilik procedure untuk doktor check progress contraction dan bukaan. so my turn, doktor tanya nama. lepastu dia kata okay awak kena induce belon ya. i was like, haaaaa terkejut la kan. takut kot hahaha 

then doktor kata eh kan ade doktor yg round dah bagitahu. laaa rupanya saya tak tau time doktor round tu, saya takde kat katil. maybe pergi jalan2 untuk redakan sakit contraction tu. 

lepastu doktor tanya ada turun darah ke atau turun air ke. saya cakap lah ha ade doktor tadi pagi pukul 9 ke 10 mcmtu kot. so doktor pun check bukaan masih lagi 2cm, tapi sakit saya pun kuat sangat dah. 

doktor pun terangkan kalau dah keluar air ketuban, dah tak boleh masukkan belon. sebab ada risiko infection pada baby dlm kandungan. dan doktor tak boleh tambah lagi induce ikut jalan bawah sebab contraction saya kuat sangat time tu. kalau masukkan lg ubat induce ikut bawah tu, akan ada risiko rahim boleh pecah. 

3.30 pm

so saya dibolehkan rehat je kat wad sendiri. balik wad, terus makan lunch. makan macam org kebulur sebab breakfast tadi dapat roti je sekeping haha

5.30 pm 

makanan malam sampai. time ni boleh makan mcm biasa sebabnya coontraction dah tak rasa. mungkin sebab effect induce tu dah habis. 



10.00 pm

misi check blood pressure sebelum tidur. misi tolong cucukkan insulatard. misi jugak pesan last makan n minum sebelum 3.30am. 4,30am misi akan kejut untuk check jantung baby n contraction.


4 March 2021

4.30 am (puasa makan n minum since 3.30am ya)

Misi kejutkan kita. Dia akan ambil blood presssure kita dan kemudian suruh kita siap-siap pi bilik untuk check jantung baby n check tahap contraction kita..

6.45 am (masih lg puasa ya)

Dah siap-siap solat subuh, mandi apa semua. pakat2 tunggu dgn kawan2 induce yg lain. tunggu depan bilik procedure. sampailah my turn, sama like yesterday. doktor akan check bukaan, then godek2 bagi bukaan cepat. fuhhh. ni nak bagitahu. check bukaan sakit jugak, lagi sakit kalau doktor godekkk-godek tu nak bagi bukaan cepat tu kan, kalau time contraction kuat. fuhhhhh gabungan yg mantapppppp. hahahahha bagi orang yg cengeng macam saya, akan menangis. nangis mcm budak tak dapat gula-gula :(

after that, doktor masukkan lagi satu ubat induce ikut bawah. sebab dia cakap contraction saya dah takde. tu yg dia masukkan lagi. 

8.30am 

balik wad, makan sarapan. 

9.30 am

Contraction makin kuat. Waktu tu, hari terasa sangat lambat berlalu.. hmm nak melalui sakit tu. time tu terfikir macam2. terflashback lah pengorbanan mama, pengorbanan ibu mertua.. huhu terflasback sekali dosa ngn toklaki :D

keluar masuk toilet sebab rasa mcm nak meneran. turun darah sikit demi sikit, perasan dlm toilet bowl. ha lupa nak bagitahu. dari malam tadi tu misi ada masukkan ubat antibiotic kat branulla kat tangan kita tu. untuk 2 sebab, 1 sebab saya ada GBS semasa hamil and satu lg sebab air ketuban dah start turun dari semalam pagi tu. antibiotic tu akan dimasukkan setiap 12jam tak silap saya. 

11.30 am

contraction makin kuat. sakit tahap 5/5.. masuk bilik ctg, check jantung baby n contraction 

1.30 pm 

doktor check bukaan, then doktor akan check contraction kita tadi. so contraction dah kuat doktor cakap. bukaan dah 3cm. tunggu kat wad sampai labour room kosong. doktor cakap kalau sakit sangat, mintak ubat tahan dengan nurse. 

2.30 pm

balik wad.. makan lunch sebab lapar saaaaangat. dalam sakit-sakit tu makan jugak. tak fikir apa dah sebab lapar gilaa. tgh2 makan, sakitttt tak tertahan. tekan button merah tu panggil misi cakap nak ubat tahan sakit. misi pun sampai. lepas dia masukkan ubat tu.. rasa longlai. rupanya misi cakap ubat tu tak bagi hilang sakit tu. dia mcm ubat lalok hahahaha

soo makan la nasi n sup ayam tu dalam keadaan mengantuk. menyandor. perlahan-lahan makan sebab sakit pun ya, sampai terlelap2 makan hahaha 

husb tanya nak kena pergi hospital skrg ke.. kita jawab ikutlah.. 

dia dah sampai hosp, kita suruh dia pergi jalan2 dulu. sebab kita cakap lambat lagi ni. rasanya malam kot baru bersalin.. 

lepastu kita pun tidur.. 

tiba2 terjaga dari tidur sebab rasa ada bunyi plupppppp dekat bawah, tau2 mcm air meletop keluar.  tapi takdelah banyak sgt.. tak larat nak bangun sbb sakit. plussss rasa mcm nak meneran sangat. jerit panggil akak katil depan suruh tolong panggilkan misi. 

tunggu punya tunggu takde sape datang. 

kita ni dah rasa nak meneran sgt dah. akak katil depan pun bengang hahah dia risau kita terberanak kat situ je.. 

then datang la misi n doktor lelaki.. dia check2 bukaan dah 5cm.

4.30pm

so misi suruh siap2 kan barang nak tolak pi labour room. cuma boleh bawak pampers baby, n buku pink je. hp semua kena tinggal dalam loker. 

kita pun ws suami suruh datang. lupa pulak nak pesan datang kat mana. hahahhaa tertanya-tanyalah kawan tuuuuu. tak tau dia nak pi mana hahahaaha kita pulak dah masuk labor room

sepanjang dari wad pi labor room, misi tolak kita ngn katil sekali. sekejap2 rasa contraction n rasa nak meneran tu datang selang seli. bila kita menerannnn je, misi akan marah. JANGAN TERAN LAGI DIK, BELUM SAMPAI LAGI. dia tutup kaki kita, tak bagi teran.. dia suruh tarik nafas..... zikir banyak-banyak. hahahha dalam lif pun dok rasa nak teran lagi. fiuhhhhh bukan kaleng-kaleng. time2 ni rasa contraction dah nak hilang. yg ada cuma rasa nak menerannnn je. mcm nak berak tu. 

sebenarnya kita tak sedar tau apa kita buat time ni. mcm dah hilang kewarasan hahahaha. org-org keliling je yg perasan. semua suruh zikir banyak-banyak. zikir laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. 

sampai dah labor room tu, fuhh mcm dalam drama sebabnya ditolak guna katil.. jakun sikit almaklum tak pernah masuk spital haha 

intai2 jugak kat luar labor room tadi.. kot dapat jeling ciksuami ke.. tapi tak nampak pulak.

so tiap kali nak teran je, misi suruh sabar hahaha 

sampai bilik kita, misi suruh tukar baju. kita cakap tak larat dahhhh nurse, tak laratttt hahahhaha mcm org gila hahahhha fikir dah sakit sangat lah tu hahahah

sekali nurse2 suruh haa teran lah. tadi nak sangat teran kannn 

sorang misi kat kanan, sorang kat kiri, sorang kat depan tukang sambut.. yg lagi 2-3 org tukang cheers hahahahahahah

pegang buku lali.. 

time ni ikutlah apa yg kita bljr kat youtube apa semua.. teknik tarik nafas teran apa semua tu

misi pun kata okay bagussss pandai teran

teran2 apa semuaaa, dah x larat tu dok cakap saya tak larat misi saya tak larat. czer je lahhhhh. 

then misi cakap cepat teran, jantung baby x cantik dah ni. kita pun apa lagi. terannnn la, serious tak rasa apa apa. cuma teran jeee sendiri. misi cakap, okay kepala dah nak keluar ni..... 

5.15pm 

misi2 yg lain urut2 perut. yg sorang tu tolak2 tolak2 perut. pluppppppppp terkeluar terus baby... senang je keluar semua sekali.. ALHAMDULILLAH keluarlah seorang khalifah di muka bumi ni.. misi angkat baby letak atas dada kita, bagi skin to skin sekejap.. 

perasaan time tu tak tau nak cakap.. takde lah menangis mcm dalam drama tu. lebih pada terkejut sebab baby dah keluar hahaha sekejap je . misi yg sambut bising2 sebab baju dia basah.. hahaha dia xsempat pakai apron katanya. tak sangka baby keluar cepat sangat.. 

misi terus ambik baby tadi bawak pi mandi siap2 apa semua sebab nak bawak baby pi nicu untuk pantau gula baby 24jam.. 

lepas je bersalin, kita akan tinggal sorang2 dalam labor room. semua misi pi mana tak tau haaha 

ada sorang misi masuk bagi kita minum air milo.. 

lepastu misi masuk lg suruh check no ic, untuk tag pada kaki baby.

lepastu misi lain pulak suruh check no hp suami.. saya pesan mintak tolong callkan suami untuk azankan baby..

dari dalam bilik saya dengar misi call suami saya, rupanya suami salah tunggu. dia pi tunggu depan bilik bedah hahaha adehhhh 

okay lepastu misi bagi kita cium baby lepastu terus baby dibawa ke nicu....

misi yg tolong jahitkan luka bersalin. saya digunting then jahit episiotomy.. masa dia gunting tu kan, serious tak rasa sakit mcm kena gunting.. tak tau la kalau diorang ada inject bius ke apa ke kan

time jahit pulak, ada di inject bius.. untuk 2 jahitan dalam. untuk kulit luar, tiada bius.. sebab kalau bius jahitan akan lambat baik kata nurse..

kalau ditanya sekarang, sakit ke tak jahit luar tanpa bius tu. saya akan kata tak.. tapi kalau ditanya time jahit tu, saya akan kata ada la rasa perit2 terik2 tu. terasa benang nyaaaaaaa ditarik hahahaha time tu tanya misi, lama lagi ke nak siap. dia jawab, "lagi banyak awak tanya, lagi lambat siap" -_-

lepas siap jahit, dia akan masukkan balik tangan, gerodek kat dalam tu..... maybe nak keluarkan darah2 yg ada. ha part ni sakit.. satu rasa yg x pernah rasa. mengogoi nangis sampai tepis2 tangan misi. misi cakap camni, "jangan mcm budak2 boleh tak" -___- 

Sakit kotttttt T___T

misi yg lain pulak akan pakaikan kita pad, dia cm pad tali tu..


7.15pm

Then dah siap selesai apa semua, misi tanya boleh tak bangun. kita balik wad naik wheelchair je.. 

Misi pun tolak wheelchair kita keluar labor room, kat bilik sebelah tu ada org atas katil lambai-lambai. kita ingatkan suami kita tumbang, yela kot la dia terkejut kita bersalin ke apa ke kan. Rupanya kawan dalam kem, dia pun bersalin sama kat bilik sebelah rupanyaaa hahahahha ni mmg kawan joging sama, cycling sama, pregnant sama, bersalin pun samaaaa. adoilaaaa hahaha 

dia pun dapat baby boy sama kita.. cuma tak dapat wad sama je. 


7.45pm 

kita sampai wad.. naik katil.. suami pun disuruh ambil wet tissue dan pampers untuk dihantar ke nicu.. so ada la chance nak mengaduh manja2 ngn ciksuami.. dapat la selfie sekejap hahahahh 



8.00pm

belum rasa sakit ke apa. so mmg sakan la main handphone.. jawab soalan2 khabar daripada semua.. 3 jam lepas jahit baru misi bagi pergi toilet untuk buang air.. 


okay tu je dulu setakat ni.. alhamdulillah selamat dah bersalin 4 bulan yg lalu.. terasa fresh lagi pengalaman indah tu.. nanti sambung pulak kisah baby kat nicu. 

*gambar-gambar Muammar past day 5. Day 5 baru Muammar dapat balik rumah hehe :

muammar 5days (2.53kg++)




muammar 4months old (5.3kg++)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan